Friday, August 21, 2009

RAMADHAN AL-MUBARAK

Salam..

Selamat menyambut kedatangan RAMADHAN AL-MUBARAK.
Semoga bulan ini menjadi bulan yang dilimpahi rahmat untuk kita semua.
Bulan ini merupakan bulan untuk semua hamba ALLAH swt untuk menjalani ibadah puasa sekaligus melaksanakan RUKUN ISLAM yang ketiga.
Semoga kita dapat menjalankannya dengan sempurna dan tanpa paksaan kerana sesungguhnya pada bulan ini banyak ganjarannya.
Di samping itu, bulan ini jugalah bulan yang banyak menguji seluruh umat Islam tidak kira di mana jua untuk sentiasa ingat pada mereka yang susah serta untuk bermuhasabah diri.

Bulan ini juga kita dapat lihat betapa kaum umat Rasulullah saw berpusu-pusu ke bazaar Ramadhan membeli juadah berbuka, ke shopping mall untuk membuat persiapan untuk berhari raya, sibuk di dapur membuat kuih, kek dan segala macam jenis makanan untuk hidangan di pagi Syawal. Kanak-kanak mengumpul duit raya, yang dewasa pula sibuk menziarahi sanak saudara dan rakan-rakan. Ada pula yang sibuk menayang barangan baru yang dibeli sempena menyambut Aidilfitri.

Tapi adakah anda ingat pada yang telah tiada?Pada mereka yang tidak punya keluarga?Pada mereka yang hidup kais pagi makan pagi?

Renung-renungkanlah dan Selamat Beramal! (tagline ustaz baju ngerlip2 huhu)

SELAMAT BERPUASA!

*jangan ponteng ya..!(^_~)

2 comments:

  1. die dah mule dah bg ceramahhh.
    aihhh.

    ReplyDelete
  2. haha..muhasabah diri la...aku blom layak nk kasik cramah huhu~

    ReplyDelete