Friday, August 28, 2009

DUA HARI KEHIDUPAN TANPA TEKNOLOGI YANG BERNAMA 'INTERNET'

Sob.sob.sob
Dua hari tanpa internet bermakna dua hari jugalah merupakan hari-hari yang paling bosan dan paling memeningkan kepala hotak ini..

Mana tak peningnya..segala tanam aku di BARN BUDDY habis dikebas orang..tanaman di FARMVILLE pulak abes terlebih 'harvest' uhuhuhu...sadisnye..

Sejak dari hari RABU- 26 Ogos 2009, 2 petang asyik update je dengan mnkcreative

nisyaohnisya: internet dah ada ke?

mnkcreative: BELUM!


...lepas tu update lagi..

nisyaohnisya: internet takde lagi ke?

mnkcreative: TAKDE LAGI LA!!


Dengan perasaan hampa, malam tu terpaksa habiskan sisa-sisa malamku yang ponteng tarawikh dengan menonton PENTAS ANAK WAYANG edisi ulangan huhu

KHAMIS - 27 Ogos 2009, pagi tu pula tanya lagi mnkcreative,

nisyaohnisya: internet dah ok?

mnkcreative: internet mungkin takde seminggu..

nisyaohnisya: OH GOSH!!!seminggu tanpa internet!!waaaaa....!

Petang khamis nisyaohnisya tanya lagi

nisyaohnisya: betul ke internet takde seminggu?

mnkcreative: betul la..modem rosak..

nisyaohnisya: aduh!!habislah segala tanaman aku..mesti ada orang kebas nanti..waa..penat jek aku menanam..

mnkcreative: ntah pape ntah minah ni..malam ni ko pergi tarawikh mesti sok ada internet..

nisyaohnisya: hampeh..


Khamis malam Jumaat aku satu family pergi surau yang terletak sebelah rumah jek untuk mengerjakan solat sunat tarawikh. Adoi..Dengan lalok kalah penagih dadah aku pun selamat menunaikan solat sunat tarawikh bagi malam yang ketujuh.ALHAMDULILLAH

Lepas tarawikh ada tazkirah pula..Rasa hati nak balik rumah je memandangkan mataku kalah mata unta stimnya. Tapi.tapi.tapi..kitorang pun terpaksalah stay apabila telah di'warn' oleh maam besor..huhuhu takutnyaaaa....
Tapi nasib baik ustaz ni hensem..lagi hensem dari AKHIL HAYY yang kejam itu hukhukhuk.
Tazkirah malam ni tentang HATI. Hati kita ni bukan diukur melalui paras rupa yang konon-konon JESSICA ALBA, JLo, ANGELINA JOLIE atau seangkatan dengannya, atau setinggi mana pelajaran kita atau belambak mana harta kekayaan kita. Tapi hati kita ni diukur melalui amalan yang kita lakukan baik untuk di dunia mahupun untuk kebahagiaan di akhirat.. Cheewaaahh! (^_^)

Dah setel tazkirah semua pun berpusu-pusu balik rumah memandangkan mata masing-masing dah macam kena gam je. Balik rumah je terus on laptop dengan harapan menggunung yang internet ada. Hampagas!Tetap tiada..sob.sob.sob
Jadi malam tersebut terpaksalah dihabiskan dengan semua games yang lapuk kat desktop ini..huhu


JUMAAT - 28 Ogos 2009

Bangun siapkan sahur then lepas je kenyang terus on laptop lagi..masih berharap hehe..
tap.tapi.tapi....
harapan tinggal harapan..
So games jela jadi mangsanya sementara nak tunggu subuh masuk huhu..
Layan gak main game ni walaupun game zaman-zaman IPT dulu hehe..
Khusyuk sangat main, sedar tak sedar dah pukul 6.30 pagi..isyyy dah lambat ni..so apa lagi SUBUH dulu..!
Lepas sembahyang subuh baca al-mathurat yang telah lama ditinggalkan sejak di SEMETRIK lagi (tapi ada gak baca pastu sikit-sikit huhu)
Lepas baca marking paper budak tuisyen ni sekejap. dah lama tinggal dah.mentang-mentang lah last week takde class hehe..
Dah setel semua tiba-tiba rasa macam pening-pening lalat gitu..so apa lagi..dummm terletak moleklah kepalaku di bantal yang empuk ini (^_~)

Pukul 10 pagi (anak dara feveret) dengar bunyi macam orang datang.Rupa-rupanya orang TM hahahaha tiba-tiba berbunga pula hati ini..hehehe
Pukul 10.30 ++ internet dah ada..yeay!!!!!!daripada mata dah melekat-lekat terus jadi segar uhuhuhu..best2! terima kasih TM!

*inilah padahnya apabila teknologi menguasai kita*

*tiba-tiba terfikir; betul juga cakap mnkcreative;
"malam ni ko pergi tarawikh mesti sok ada internet"..haha
Macam betul je..hampeh!..tapi itu semua suratan atau kebetulan je. tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. bak kata ustaz malam tu semuanya datang dari hati yang ikhlas dalam mengerjakan ibadat huhuhu~
so mungkin ada hikmah di sebalik terputusnya internet

Antaranya ialah:
  1. aku pergi tarawikh
  2. aku kemas dapur & masak dengan happynya
  3. aku belek balik al-mathurat aku yang dah berhabuk tu
  4. aku klik balik games aku yang dah lapuk telan dek zaman
Tu je entry aku kali ini..semoga korang tak letih & bosan nak baca..
CHILL!!~ (^_~)

9 comments:

  1. hah! Alhamdulillah..insaf jugak ko.bagus2..nnt aku upah orang rosakkan modem tu lagi.hehe~

    ReplyDelete
  2. haha.
    alhamdulillah.
    entry yg tidak mmbosankan.
    haha.
    bagusss.
    pningkatan.
    ngalah aku yg dh mlas nk ngetaip nih.

    ReplyDelete
  3. penafian=

    bukan modem rosak, tu penipuan dr technician TM kerana ingin mempromosikan pakej terkini yg nyata lbh mahal.

    sebenarnya shelf network kat HQ terbakar.
    mungkinkah disebabkan internet rumah ni yg beroperasi 24/7???hahahaha!

    ReplyDelete
  4. upset pickaboo: ye!ye!sy ske kecoh..

    feela: silap2..ko kene carik orang tuk bakarkan shelf network kt HQ (merujuk kpd komen naqiuddin khirrudi di atas)

    mellow: trimas!akan cube meng'update' dgn brite yg lg UP!

    naqiuddin khirrudi: ceit..kne tarik blk kata2 trimas ku pd org2 TM nih..tarak guna..haiiyaa..

    ReplyDelete
  5. oh!jikalau begitu.marilah kite ramai2 serbu tgv tgk cite UP.
    hahahaa

    ReplyDelete
  6. astaghfirulla..bln2 pose ni eloklah kita jauhi maksiat..pas raye smbg blk k hehehe (^_^)

    ReplyDelete
  7. aper yg ade ngn farmville?barn buddy lg best haha!!

    ReplyDelete