Sob.sob.sob
Dua hari tanpa internet bermakna dua hari jugalah merupakan hari-hari yang paling bosan dan paling memeningkan kepala hotak ini..
Mana tak peningnya..segala tanam aku di
BARN BUDDY habis dikebas orang..tanaman di
FARMVILLE pulak abes terlebih
'harvest' uhuhuhu...sadisnye..
Sejak dari hari
RABU- 26 Ogos 2009, 2 petang asyik update je dengan
mnkcreative nisyaohnisya: internet dah ada ke?
mnkcreative: BELUM!...lepas tu update lagi..
nisyaohnisya: internet takde lagi ke?
mnkcreative: TAKDE LAGI LA!!Dengan perasaan hampa, malam tu terpaksa habiskan sisa-sisa malamku yang ponteng tarawikh dengan menonton
PENTAS ANAK WAYANG edisi ulangan huhu
KHAMIS - 27 Ogos 2009, pagi tu pula tanya lagi
mnkcreative,
nisyaohnisya: internet dah ok?
mnkcreative: internet mungkin takde seminggu..
nisyaohnisya: OH GOSH!!!seminggu tanpa internet!!waaaaa....!
Petang khamis
nisyaohnisya tanya lagi
nisyaohnisya: betul ke internet takde seminggu?
mnkcreative: betul la..modem rosak..
nisyaohnisya: aduh!!habislah segala tanaman aku..mesti ada orang kebas nanti..waa..penat jek aku menanam..
mnkcreative: ntah pape ntah minah ni..malam ni ko pergi tarawikh mesti sok ada internet..
nisyaohnisya: hampeh..Khamis malam Jumaat aku satu family pergi surau yang terletak sebelah rumah jek untuk mengerjakan solat sunat tarawikh. Adoi..Dengan lalok kalah penagih dadah aku pun selamat menunaikan solat sunat tarawikh bagi malam yang ketujuh.
ALHAMDULILLAHLepas tarawikh ada tazkirah pula..Rasa hati nak balik rumah je memandangkan mataku kalah mata unta stimnya. Tapi.tapi.tapi..kitorang pun terpaksalah stay apabila telah di
'warn' oleh maam besor..huhuhu takutnyaaaa....
Tapi nasib baik ustaz ni hensem..lagi hensem dari AKHIL HAYY yang kejam itu hukhukhuk.
Tazkirah malam ni tentang
HATI. Hati kita ni bukan diukur melalui paras rupa yang konon-konon JESSICA ALBA, JLo, ANGELINA JOLIE atau seangkatan dengannya, atau setinggi mana pelajaran kita atau belambak mana harta kekayaan kita. Tapi hati kita ni diukur melalui amalan yang kita lakukan baik untuk di dunia mahupun untuk kebahagiaan di akhirat.. Cheewaaahh! (^_^)
Dah setel tazkirah semua pun berpusu-pusu balik rumah memandangkan mata masing-masing dah macam kena gam je. Balik rumah je terus on laptop dengan harapan menggunung yang internet ada. Hampagas!Tetap tiada..sob.sob.sob
Jadi malam tersebut terpaksalah dihabiskan dengan semua games yang lapuk kat desktop ini..huhu
JUMAAT - 28 Ogos 2009Bangun siapkan sahur then lepas je kenyang terus on laptop lagi..masih berharap hehe..
tap.tapi.tapi....
harapan tinggal harapan..
So games jela jadi mangsanya sementara nak tunggu subuh masuk huhu..
Layan gak main game ni walaupun game zaman-zaman IPT dulu hehe..
Khusyuk sangat main, sedar tak sedar dah pukul 6.30 pagi..isyyy dah lambat ni..so apa lagi SUBUH dulu..!
Lepas sembahyang subuh baca al-mathurat yang telah lama ditinggalkan sejak di SEMETRIK lagi
(tapi ada gak baca pastu sikit-sikit huhu)Lepas baca marking paper budak tuisyen ni sekejap. dah lama tinggal dah.mentang-mentang lah last week takde class hehe..
Dah setel semua tiba-tiba rasa macam pening-pening lalat gitu..so apa lagi..dummm terletak moleklah kepalaku di bantal yang empuk ini (^_~)
Pukul 10 pagi
(anak dara feveret) dengar bunyi macam orang datang.Rupa-rupanya orang
TM hahahaha tiba-tiba berbunga pula hati ini..hehehe
Pukul 10.30 ++ internet dah ada..yeay!!!!!!daripada mata dah melekat-lekat terus jadi segar uhuhuhu..best2! terima kasih
TM!
*inilah padahnya apabila teknologi menguasai kita*
*tiba-tiba terfikir; betul juga cakap
mnkcreative;
"malam ni ko pergi tarawikh mesti sok ada internet"..haha
Macam betul je..hampeh!..tapi itu semua suratan atau kebetulan je. tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. bak kata ustaz malam tu semuanya datang dari hati yang ikhlas dalam mengerjakan ibadat huhuhu~
so mungkin ada hikmah di sebalik terputusnya internet
Antaranya ialah:
- aku pergi tarawikh
- aku kemas dapur & masak dengan happynya
- aku belek balik al-mathurat aku yang dah berhabuk tu
- aku klik balik games aku yang dah lapuk telan dek zaman
Tu je entry aku kali ini..semoga korang tak letih & bosan nak baca..
CHILL!!~ (^_~)