Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Tuesday, September 29, 2009

EID MUBARAK 2009


Dah lame rasanya tak update blog ni..hmm tiba-tiba terasa nak story sikit pasal raya tahun ni..raya yang kali kedua nya family asas nisyaohnisya tak cukup korum huhu..

Raya tahun ni tema purple plak..rasanya ni kali kedua tema purple..hmm takpela..layaaaannnn

Purple ni pun secara tidak sengaja disebabkan wedding si feela ni purple theme so demi menyahut seruan kerajaan supaya berbelanja ikut keperluan terpaksalah penuhkan folder gmbar dengan purple!!
waaa...mak!bila pulak nak buat red theme nih..!!!

touch up dlu..

juadah yang dihidangkan..tapi kita lepak dulu..kita ke sesi mengutip duit raya haha!

isk.isk.isk..sebelum kutip mengutip kita wat tahlil kecil-kecilan dulu..huhu

haaaa...detik dan saat yang dinantikan!!!!
mak memohon ampun daripada ibunya aka tokku

ayah & mak bersalam-salaman..
yang baju pink belakang tu apsal monyok jek?huhu

mak & her eldest sister, maklongku...
releks ar maklong..jangan sedih-sedih..nanti tak dapat duit raya hehe

inilah budak-budak hingusan yang suka sangat potong Q..
arrghhh!!!aku punya turn ok!

inilah mommy kepada budak-budak kat atas tuh..
sedang minta maaf dengan omak den..
banyak buat dosa la tuh haha!

daripada makanan yang dihidangkan tadi tak berusik, baik kitorang belasah je..haha
makan time!!

ini sahaja my mom's siblings yang ada on the first day of AIDILFITRI
.:stand from left: MY DAD & my uncle (PAKWE)
.:sit from left: my aunty (MAKLONG), my granny (TOK), MY MOM & my aunty (MAKWE)

inilah sahaja family ku yang pulang pada hari raya..
this is about one-third of the big family i guess huhu..

lastly...presenting...
|
|
|
|
|
|
v


alien pulang dari mengutip duit raya bersama sepupunya yang lebih besar dari biasa haha!


Thursday, September 17, 2009

BISKUT RAYA!-->part 2

Sebut je nak raya mesti teringat biskut raya. Ni ada lagi biskut yang nisyaohnisya & mnkcreative & mellow dah buat....





BISKUT DAH PERNAH BUAT DULU-DULU TAPI TIDAK WAJIB


BISKUT CORNFLAKES MADU



Sedang kami sibuk di dapur, ada pulak aksi manja-manja dekat depan tv...



Aksi ODIE ke OBIE (aku pun tak tau) sedang membelai-belai si JAJA (juara vokal seantero dunia)



Aksi yang telah di'zoom' haha..



Setelah meluat dengan aksi mereka, nisyaohnisya pun segera ke studio biskut raya kembali untuk resipi kejayaan yang seterusnya...





BISKUT KACANG MAZOLA (BISKUT ALA-ALA WAJIB DI RUMAH TOK)



Bahan-bahannya:



Tepung gandum secukup rasa...



Kacang yang telah dikisar (benda wajib-->kalau tidak takde la namanya BISKUT KACANG MAZOLA)



Gula kastor untuk kemanisan yang berganda seperti tuan empunya blog (^_^)



Minyak sesuka hati..



Setelah bahan-bahan di atas digaul rata, maka jadilah ianya seperti ini...


Setelah diterap, kemudian ambil kuning telur (maaf tiada gambar) dan sapukan di atas adunan yang telah diterap tadi...then terus bakar di dalam ketuhar..



Akhirnya....terjadilah BISKUT KACANG MAZOLA




Biskut wajib di rumah tok tapi dah lama tak jadi wajib..jadi tahun ni nisyaohnisya telah membangkitkan kewajipannya..yeaahooo!!!



Saturday, September 12, 2009

BISKUT RAYA!

Hari ni dah masuk hari ke-22 seluruh umat Islam menjalankan Rukun Islam yang ketiga. Ini bermakna raya dah semakin menjelang tiba. Semua orang pun sibuk nak buat kuih raya, sibuk mengemas rumah, bershopping sakan dan ada juga yang sibuk berniaga di bulan Ramadhan ini. Tapi keluarga nisyaohnisya pun tidak kurang sibuknya. hehe. Setakat ni keluarga nisyaohnisya dah berjaya menghasilkan 3 jenis kuih raya..jeng.jeng.jeng..diharap feela aka kaklong tidak jeles hehe..


Baiklah kawan-kawan, hari ni nisyaohnisya nak tunjukkan kuih raya yang enak belaka hasil tangan nisyaohnisya sekeluarga..




BISKUT FIRST TIME BUAT



CORNFLAKES BERSALUT COKLAT
*sorry biskut tak berapa nak lawa sebab first time buat hehe



BISKUT WAJIB ALGHUNNAH (bak kata feela@cheapandaffordable)

sebelum di make up dan dibakar

setelah di make up dan dibakar dalam ketuhar yang dah berusia belasan tahun

BISKUT COKLAT GAJUS

zoom sikit..sorry gambar tak berapa nak lawa sebab nisyaohnisya tidak menggunakan kamera ini
|
|
|
|
V


sebaliknya nisyaohnisya hanya menggunakan ini
|
|
|
|
V


sob.sob.sob


ok2...jangan banyak iklan ye nisyaohnisya..kita ada lagi satu biskut yang membuat jiwa nisyaohnisya ni gila sebentar.



BISKUT DAH PERNAH BUAT TAPI TRY RESIPI YANG LAIN PULAK

CHOCOLATE CHIP 'FAMOUS AMOS PUN KALAH'

fullamak...tak rasa terliur ke tengok hehe

ni yang dok kat dalam balang..haaa cuba teka balang apa kawan-kawan....?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jawapannya ialah...
.
.
.
.
.
BALANG F1 HERBALIFE HAHAHAHA...


tengok tu betapa banyaknya kegunaan balang F1 ni..jangan buang tau..gunalah ia untuk penjimatan yang berganda


haaa..sekian sahaja kawan-kawan untuk segmen kuihku kali ini. Kita jumpa di lain hari dan waktu untuk kuih yang lebih ngam-ho..hahaha


CHILL!~ (^_^)